Queen Guide

GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN CALON PANDU PUTERI RAJA

  1. BUKU LOG
    1. Peribadi
      1. Biodata calon
      2. Rekod penglibatan diri dalam perkhidmatan atau aktiviti Pandu Puteri di peringkat pasukan, sekolah, daerah.
      3. Acara Panduk Puteri yang istimewa pernah dihadiri di peringkat caawngan, kebangsaan atau antarabangsa.
         
    2. Program Pandu Puteri Remaja
      1. Ujian Pra Persetiaan
      2. Ujian-ujian Kelas Dua termasuk lencana-lencana untuk Lambang Rumah Kecil
      3. Kelulusan Tali Pekelilingan (jika layak) semasa menjalankan Ujian Kelas Dua (memenuhi syarat umur)
         
    3. Program Pandu Puteri Renjer
      1. Ujian Pra Pelantikan
      2. Ujian-ujian Kelas Satu (termasuk khidmat)
      3. Lencana-lencana untuk Bintang Puteri I, II dan III
      4. Buku Skrap Skim Berdikari
         
    4. Buku Log Permit Perkhemahan atau Lambang Kraf Kayu
       
  2. LAPORAN 1. Khidmat Masyarakat selama tiga (3) bulan
    2. Tugasan Khas yang ditetapkan

    CATATAN:Laporan untuk setiap ujian lencana kecekapan yang telah diambil seharusnya disertakan dengan langkah-langkah melakukannya mengikut syarat-syarat dalam huraian Lencana Kecekapan.

    Cara penyediaan Buku Log diserahkan kepada kreativiti calon. Bahan fotostat yang disalin terus dari buku teks tidak digalakkan.

    Pastikan bahan yang dihasilkan dengan menggunakan komputer adalah usaha calon yang diolahkan sendiri.
     
  3. CABARANCalon Pandu Puteri Raja harus bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang berikut:-
    1. Ilmu dan kemahiran Pandu Puteri seperti Kawat dan istiadat, Simpulan dan ikatan
    2. Situasi masa kecemasan
    3. Pengetahuan dan kemahiran tentang perkhemahan
    4. Permainan Pandu Puteri yang mencabar dan matang
    5. Permainan Luas dan Kraf Kayu (Woodcraft)
    6. Mampu mengelolakan sesuatu acara atau majlis rasmi
    7. Berpengetahuan tentang sebarang isu semasa termasuk berita Pandu Puteri tempatan atau dunia
    8. Berkebolehan membuat kraftangan yang menunjukkan kemahiran dan daya kreativiti sendiri
    9. Menunjukkan kemahiran dan kepandaian mencipta dengan serta merta
    10. Mengamalkan pengurusan kerja secara sukarela dan berperaturan mengikut sistem kumpulan
    11. Kebolehan berucap secara spontan
       
  4. IMEJ KENDIRI
    1. Calon Pandu Puteri Raja dianggap mempunyai pakaian seragam yang lengkap, betul dan sesuai mengikut aktiviti rasmi atau tidak rasmi yang sedang diikutinya. Teguran mengenai pakaian seragam tidak seharusnya berlaku tetapi akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Memahami dan mengamalkan etika sosial yang sesuai.
    2. Mempunyai keyakinan diri.
    3. Menunjukkan sifat-sifat kepimpinan.
    4. Bersedia bekerjasama, hormat menghormati, bertolak ansur, cergas dan cekap.
BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA
  1. BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA (BAKP) merupakan peluang peserta menggunakan pengetahuan Pandu Puteri dan pengetahuan am, khasnya dalam perkara-perkara berikut:
    • Sistem dan struktur Pandu Puteri
      - Pasukan sendiri, Daerah, Cawangan, Kebangsaan, dan Antarabangsa
    • Sistem dan struktur Kerajaan Malaysia
      - Pembangunan, Pendidikan, Perindustrian
    • Warisan dan adat resam masyarakat Malaysia
       
  2. BAKP merupakan peluang peserta membuktikan pengalaman Pandu Puteri masing-masing menerusi penyimpanan Buku Log dan melaksanakan beberapa CABARAN yang telah ditetapkan.
  3. Kandungan dan corak BAKP akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah Ketua Pesuruhjaya, Ibu Pejabat Kebangsaan, dan diluluskan oleh Ketua Pesuruhjaya.
  4. BAKP akan diadakan pada penghujung minggu sepanjang tahun atas permohonan calon, yang dibuat melalui Pesuruhjaya Cawangan.
  5. BAKP akan dikelolakan oleh Penguji yang dilantik bersama oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri berkenaan dan Ibu Pejabat kebangsaan.
  6. 6. BAKP akan digunakan oleh Cawangan Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk mengenal pasti dam membimbing bakal calon PANDU PUTERI RAJA.
  7. Prosidur permohonan:
    1. Bakal peserta menjalani Program Pandu Puteri dan telah lulus Ujian Kelas Dua dan Kelas Satu:
      • Telah lulus Ujian Tali Perkelilingan;
      • Telah memperoleh Bintang Puteri Satu dan sedang berusaha untuk mendapat pelbagai Lencana Kecekapan lain;
      • Telah memperoleh Permit Perkhemahan ATAU Lambang Kraf Kayu
      • Berumur antara 15 hingga 17 tahun
      • Telah mengemaskinikan semua Buku Log yang disyaratkan.
    2. Bakal peserta mengisi BORANG PERMOHONAN MENYERTAI BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA dan menghantar borang berkenaan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya Daerah, dan Pesuruhjaya Cawangan.
    3. Peserta mengambil bahagian cergas dalam BENGKEL ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA.
    4. Peserta menerima keputusan LULUS atau GAGAL tanpa bantahan.

ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA
Rasional
  1. Satu galakan kepada ahli remaja untuk melayakkan diri menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya
  2. Satu penghargaan kepada ahli remaja yang berkualiti
  3. Satu usaha mengukuhkan iltizam dalam Pandu Puteri
Pra-Syarat
  1. Mempunyai Tali Perkelilingan
  2. Mempunyai Permit Perkhemahan atau Lambang Krafkayu
  3. Mempunyai Bintang Renjer Puteri 1
  4. Menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan dan menghadiri perhimpunan / majlis keagamaan
  5. Menghantar borang permohonan yang perlu sampai di Ibu Pejabat Kebangsaan tiga (3) bulan sebelum calon meningkat umur 17 tahun
  6. Menghadiri Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya dengan jayanya

Maklumat Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya (BAKP)
Maklumat ini adalah sebagai panduan kepada Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat berusaha mendapat Anugerah Ketua Pesuruhjaya, untuk melayakkan diri menjadi calon Anugerah Pandu Puteri Raja.

Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat menjadi calon BAKP hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan masing-masing, atau terus dari Ibu Pajabat Kebangsaan. Borang Permohonan yang telah diisikan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin, Pesuruhjaya dan Ketua Pesuruhjaya Negeri masing-masing.